MINGGU ini kita akan mulai membaca senarai anak-anak Melayu yang cedera di badan termasuk senarai mereka yang maut kerana terbabit dalam perjuangan meraikan Aidilfitri sama ada di lebuh raya mahu pun di padang atau di depan rumah bermain mercun,
Kita akan melihat senarai itu pastinya akan meningkat dan gembirakah kita orang Melayu, setiap kalinya menjelang Aidilfitri apabila gema takbir diiringi tangis sedu mengiringi pemergian orang tersayang?
Sejak kelmarin, ada anak yang maut, dua yang lain parah manakala dalam kejadian lain di Kedah dan Kelantan, dua kanak-kanak telah cedera bermain mercun. Hari ini, esok dan lusa sama-samalah kita nantikan. Rukun menyambut raya barangkali satu di antaranya ialah bermain mercun dan berhujan darah!
NYARIS HILANG DUA JARI....di Alor Setar, murid tahun dua, Muhammada Firdaus Yusuf parah di jari hantu dan jari manisnya kerana terkena mercun (HM).
HAMPIR BUTA TERKENA SERPIHAN MERCUN BOLA....di Kuala Terengganu, mata Irwan Musatffa Abu Bakar nyaris buta dipercayai terkena serpihan mercun bola(HM)
HAMPIR BUTA TERKENA SERPIHAN MERCUN BOLA....di Kuala Terengganu, mata Irwan Musatffa Abu Bakar nyaris buta dipercayai terkena serpihan mercun bola(HM)