KETUA Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan ayah artis Najwa yang juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin, sebagai biadap dan berniat jahat apabila mengulas mengenai penggunaan gambar Sultan Johor pada kain rentang di Johor.
Menurut Shamsul dalam kenyataan yang dipetik dari siaran laman TRANUNGKITE, pemuda PKR Johor telah membuat laporan polis berhubung perkara itu manakala pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng, turut membuat penafian berkenaan penggunaan gambar itu yang dikatakan menyebabkan Sultan Johor murka.
Memang Muhyidin boleh dikatakan biadap kerana kenyataannya dalam televisyen yang turut meminta pihak tertentu meminta maaf kepada istana mendahului siasatan polis.
Turut bersifat kurang cerdik ialah Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman yang begitu pantas menyifatkan PKR sebagai parti keterlaluan dan melampau dalam isu itu.
Untuk rekod dan kefahaman semua, Chua Jui Meng telah membuat penafian bahawa PKR tidak terlibat dalam insiden yang berlaku pada ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini. Beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak lain kerana pihaknya tidak menggunakan perkataan PKR sebaliknya menggunakan perkataan KEADILAN.
Malah Chua Jui Meng juga mengakui kedudukan Duli Yang maha Mulia Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada politik.
Demikianlah ribut yang tercetus di Johor yang dipercayai akan memakan diri UMNO kerana sifat gopoh mendahului pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Sementara itu, polis Johor telah merekodkan kenyataan daripada 39 individu bagi membantu siasatan penggunaan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Batu Pahat baru-baru ini.