nuffnang ads

Wednesday, August 11, 2010

AKU ACAP. IKUTILAH LUAHAN HATIKU SEMPENA RAMADAN

MENGALIR DALAM DARAH ANAK KECIL INI SEBUAH PERJUANGAN DAN HARAPAN DEMI MASA DEPAN NEGARA MALAYSIA YANG MAJU, CEMERLANG DAN HARMONI. Ikutilah luahan hati saya yang diterjemahkan menerusi bicara ayahanda tersayang.

 "Saya mahu melihat negara tanah sumpah saya ini tidak lagi ketinggalan. Saya mahu melihat bangsa saya, Melayu dan agama saya, Islam maju dan terbilang. Saya juga mahu melihat semua rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini hidup dalam suasana harmoni. Saya mahu pastikan Malaysia dihormati seantero dunia. Saya mahu pemimpin politik Melayu yang gagal meletakkan bangsa dan agamanya pada letak duduk yang sewajarnya segera berundur. Saya mahu negara ini ditadbir oleh pemimpin yang mempunyai hati mulia dan menjadikan perjuangan membela bangsanya dan agamanya melebihi perjuangan mengisi kantung sendiri.  Saya sayu dan hiba segala perancangan untuk merealisasikan hasrat melihat bangsa saya maju dalam ekonomi, setaraf kaum lain masih belum menjadi kenyataan. Saya berharap jangan masa depan kami, generasi muda diperjudikan oleh sikap buruk pemimpin yang susah sangat berasa bersalah kerana gagal memacu kehidupan kami ke puncak jaya. Saya merayu supaya orang Melayu berubah sikap, berani berkata benar dan berani berkata tidak"

SALAM RAMADAN KEPADA SEMUA TERMASUK ATUK, NENEK, ABAH, EMAK ABANG-ABANG, CIK PAH, CIK OH, DAN SEMUA YANG MAHU MELIHAT SAYA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SATU HARI NANTI -Muhamad Asyraf Izudin Hamid.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10