nuffnang ads

Friday, July 9, 2010

HANTU DI SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN, KLANG

Anak-anak berusia tujuh sehingga 12 tahun, semakin fasih dan hafal membaca surah-surah lazim. Surah-surah itu dikatakan sentiasa basah di hujung lidah mereka sebaik sahaja berita tentang sebuah bilik di sekolah dekat Klang, di sini didiami pelbagai jenis hantu sejak semalam.
     Walaupun ada juga yang gementar dan ketakutan, namun sebahagian besar mereka yakin hantu atau syaitan dalam kehidupan ini sebenarnya tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu ditakuti.
      Mulai esok, semakin ramai dipercayai akan hadir menyaksikan bilik yang dikatakan telah dirampas dan dihuni oleh hantu yang diketuai oleh sekeluarga pocong dalam Pameran Hari Usahawan yang diusahakan oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klang di Selangor.
     Sebuah bilik yang telah disiapkan sebagai Rumah Hantu dijangka menarik minat ramai keluarga dan ibu bapa pelajar.
     Setakat ini penjualan kupon sempena Hari Usahawan itu dikatakan agak memberangsangkan dan inisiatif pentadbir sekolah bersama PIBG mengadakan acara itu perlu dipuji terutama kerana ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi kerja penambahbaikan insfrastruktur dalaman sekolah.
     Semoga semuanya berjalan lancar. 

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Tahniah atas usaha Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun. Guru terbilang berganding dengan ibu bapa yang cemerlang melahirkan pelajar mempunyai masa depan yang gemilang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10