nuffnang ads

Thursday, July 8, 2010

BOLA DAN TUHAN ITU ADA

PERTAMA. Hari ini kita berbola sikit. Tentang kekalahan Jerman bukan sesuatu yang mengejutkan. Ada kalanya pasukan yang telah menunjukkan prestasi memuncak sebelum ini akan kecundang hanya kerana gagal mengekalkan rentak dan prestasi itu pada perlawanan berikutnya.

Kalah Jeman kepada Sepanyol. Saya dapat menjangkakan. Dua minggu dulu saya komen sikit kepada DuniaTiger pasal bola ini.Tak tahulah Ketua Pengarah Penyiaran, DIY (Datuk Ibrahim Yahya - Mantan Ketua Pengarang Berita BH) baca atau tidak. Saya kata, ada seorang tok siak saya tanya secara suka-suka pasukan mana akan menang Piala Dunia. Tok siak ni dengan muka selamba jawab pasukan yang huruf akhirnya ialah "L". Maka ditafsir banyak orang, hanya Brazil atau Portugal. Hampir terlupa pula pada Sepanyol sebab dalam media arus perdana berbahasa Inggeris yang saya harap tidak menyiarkan berita boleh merosakkan minda rakyat, jarang di sebut Sepanyol. Sebaliknya Spain! Saya bukan nak kata tok siak ni hebat tetapi kebetulan pada kata-kata dia itu yang saya nak petik.

Kata tok siak itu lagi, tak nak cakap banyaklah. Rasanya pasukan berakhir huruf "L" boleh menang. Menjeling si Seman, Bodoi, Wak Janggut dan Mohaideen! Ada betulnya. Sepanyol! tapi belum muktamad juga, sebab dalam perlawanan akhir nanti Sepanyol akan bertemu Belanda@Holland@Netherland. Selamat menang Sepanyol.

Hal kedua, saya terlupa membaca emel. Rupanya kawan lama di Mindef, Kolonel Mohamad Anas ada menghantar emelnya. Tabik spring bro. Maaf.

Anas meminta saya supaya membaca satu artikel yang dikirimkannya sama. Alhamdulillah saya ucapkan berbanyak syukur dan terima kasih kerana selain doa, beliau menghantar saya ubat-ubatan berupa pesanan supaya saya sentiasa ingat bahawa Tuhan (Allah) itu tetap ada. Kata Anas, memang Allah itu ada dan kerana adanya Allah seharusnya membuat kita tunduk dan redha menerima segala ujian. Kewujudan Allah memang boleh dibuktikan kalau kita menggunakan segala pancaindera termasuk akal. Lihat sahaja setiap kejadian yang berlaku. Setiap sesuatu yang ada boleh dilihat pembuatnya. Rumah akan ada sebab dibina oleh tukangnya. Dunia ini ada penciptanya. Dialah Allah. Terima kasih Anas.

Saya bercadang menghantar pesanan-pesanan itu kepada kawan-kawan lain yang telah saya senaraikan termasuk Pengarah Grup Gerak Khas (GGK) Kolonel Hasan Ali dan Panglima Briged Para Kem Terendak, Brig Jen Ismet Nayan Ismail. Saya mendoakan mereka diberi perlindungan Allah yang sentiasa ada di mana-mana seperti mana pesan Anas kepada saya. Begitu juga kepada sahabat-sahabat lain yang sedang menjadi orang dan memimpin orang di seluruh negara. Tuhan itu ada. Mohon saya, doakan sekali kesihatan saya.

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Tok Mior, mana papantanda nak masuk Berita Harian Shah Alam. Banyak orang komplen. Tok Manja, rancangan Soal Jawab TV3 kita swastakanlah kepada orang lain.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10