nuffnang ads

Sunday, February 6, 2011

TUNGGU YA MAS! MAJIKAN AKU NGGAK BAGI AKU JUMPA MAS. TAPI AKU MAHU TURUN GUNA SELIMUT IKUT TINGKAP AJE!


KERANA terhalang niat untuk bertemu teman lelakinya, seorang pembantu rumah maut, apabila tindakannya turun melalui tingkap dari tingkat lapan sebuah kondominium berakhir dengan padah, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di kondominium Paya Terubung, GeorgeTown, Pulau Pinang. Amah berusia 33 tahun itu dikatakan berjanji bertemu teman lelakinya di lobi kondominium jam 11.30 malam, tetapi hasratnya dihalang oleh majikannya.

Mungkin kerana terlalu rindu, dia menggunakan kaedah komando - mengikat lima tuala dan selimut lalu turun dari tingkap biliknya bagaikan cicakwoman dari tingkat lapan ke bawah.

Malangnya, ikatan pada tuala itu terlerai dan dia terhempas ke bawah mengakibatkannya maut. Hasrat dia untuk bertemu teman lelakinya itu diketahui menerusi SMS di dalam telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Georgetown, ACP Gan Kong Meng, berkata polis menolak unsur khianat dalam kematian itu dan telah mengambil keterangan daripada majikannya yang berusia 50 tahun.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10