nuffnang ads

Friday, February 4, 2011

TAUFAN YASI RAGUT NYAWA PERTAMA DI AUSTRALIA

Banyak bot musnah dibalun taufan Yasi yang ganas di Queensland

TAUFAN Yasi yang berkelajuan 300 kmj meragut nyawa pertamanya, apabila mayat seorang lelaki berusia 23 tahun ditemui di dalam sebuah bilik kediamannya di Bambaroo, Queensland.

Mangsa dipercayai mati akibat terhidu bau diesel dari generator yang dipasangnya di dalam bilik ketika bersembunyi daripada rempuhan taufan itu semalam.

Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh, berkata pihak koroner yang menjalankan pemeriksaan meminta beliau memberitahu penduduk bahawa adalah amat berbahaya menggunakan generator di dalam bilik yang tertutup kesemuanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10