nuffnang ads

Friday, February 11, 2011

SUAMI DIDENDA BELASAH LELAKI PELUK DAN KUCUP ISTERI DI TANGGA


SUDAHLAH hati sakit, kena pula denda S$2,500 oleh mahkamah kerana mencederakan lelaki yang mengucup dan berpelukan dengan isterinya di tangga kediamannya.

Itulah nasib menimpa Desmond Hua Chung Fook, 28, yang didenda oleh Mahkamah Daerah Singapura hari ini atas kesalahan menumbuk dan menampar sehingga Darry OiWeijian, 24, cedera dan hilang ingatan selama 32 hari pada tahun 2009.

Mahkamah diberitahu, isteri Desmond, Zhang Huiqing, 29, pada hari kejadian telah keluar untuk minum dengan rakan-rakannya termasuk juga Darry Oi.

Selepas minum-minum, Darry Oi menghantar Huiqing pulang ke rumahnya. Namun apabila tiba di tangga Darry mengajak Huiqing menghisap rokok dulu. Huiqing pun setuju.

Peliknya ketika di tangga itu, dua-dua dirasuk nafsu, saling berpeluk dan berkucup. Malangnya perbuatan itu dilihat oleh Desmond yang kebetulan mahu ke luar rumahnya untuk menghisap rokok.

Apa lagi, Darry Oi amat terkejut dan buka langkah seribu larikan diri tetapi dapat dikejar oleh Desmond dan diberi penampar Jepun dan tumbukan Mike Tyson menyebabkan dia terjatuh dan cedera. Darry bangun untuk ke lif, tetapi Desmond serang lagi menyebabkan mangsa cedera teruk dan hilang ingatan di hospital selama 32 hari.

Hari ini Desmond membayar harga semua itu. Harga kecurangan isterinya. Harga keganasan yang dilakukannya. Dan harga sebagai seorang lelaki!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10