Safura Yaacob |
Ifa Raziah |
Safura berkata dia tidak akan berdendam dan tindakan memaafkan Ifa Raziah itu adalah menetapi kehendak seperti diminta oleh ibunya agar tidak mahu permusuhan berpanjangan.
Beliau berkata demikian dipetik dalam laporan MStar, mengulas tindakan Ifa Raziah yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya menerusi laman siber baru-baru ini.
Safura juga mengambil keputusan menjelaskan bahawa dia tidka berhutang dengan Ifa Raziah sebaliknya kos mahkamah yang dikenakan kepadanya sebanyak RM500 telah dijelaskan kepada mahkamah. Pembayaran itu dibuat pada hari mahkamah membuat keputusan. Tidak timbul soal dia membayar kepada Ifa Raziah, kata Safura Yaacob.