nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

PENYEDIA KHIDMAT INTERNET TERAKHIR DI MESIR, TUTUP OPERASI


SYARIKAT penyedia perkhidmatan internet yang terakhir di Mesir menutup operasinya. Usaha untuk menghubungi talian Noor Group menemui kegagalan bermula jam 11 malam tadi.

Noor Group adalah syarikat terakhir penyedia khidmat internet yang beroperasi dalam keadaan Mesir dilanda ketegangan tunjuk perasaan mendesak Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sebelum ini empat syarikat lain sama ada menutup atau diarah menutup operasi masing-masing. Syarikat terbabit ialah Link Egypt, Vodafone/Raya, Telecom Egypt dan Etisalat Misr.

Ketua Pegawai Teknologi Reneys, James Cowie mengesahkannya. Menurut James, Noor Group terus hilang dari radar internet malam tadi.

Berikutan penutupan operasi Noor Group, warga asing yang tinggal di Mesir berdepan masalah untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Bagamimanapun, minggu ini Google Inc, memperkenal pesanan Twitter tanpa menggunakan jalur internet - sistem yang dicipta oleh jurutera komunikasi syarikat berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10