nuffnang ads

Wednesday, February 2, 2011

PEMINDAHAN PERTAMA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR BERMULA ESOK


PROSES pemindahan pertama pelajar Malaysia di Mesir dari Kaherah ke Arab Saudi akan bermula selewat-lewatnya esok (Khamis).

Kerajaan telah menghantar dua pesawat C130 TUDM hari ini ke Kaherah bagi usaha memindahkan pelajar negara ini ke Jeddah.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen  Abdul Wahab ketika dihubungi The Star dipetik berkata beliau telah dimaklumkan bahawa pesawat TUDM itu akan berlepas hari ini.

"Sementara ini kami menunggu kerajaan Arab Saudi untuk mengelurkan visa sementara kepada pelajar terbabit. Sebuah pesawat C130 boleh memuatkan 150 pelajar dan kami berharap dapat memindahkan 300 orang selewat-lewatnya esok," katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan penggunaan pesawat C130 itu untuk proses pemindahan pelajar.

Beliau turut berkata, kapal Bunga Mas 5 juga akan digunakan dalam proses itu dan kapal berkenaan dijangka tiba Sabtu depan. Kapal laut berkenaan boleh memuatkan 500 orang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10