nuffnang ads

Wednesday, February 9, 2011

PELAJAR MALAYSIA DIPENJARA DUA MINGGU: KESALAHANNYA MERAKAM PEREMPUAN TENGAH MENCANGKUNG DALAM TANDAS!


SEORANG pelajar Malaysia dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret Singapura, hari ini selepas didapati bersalah merakam video seorang wanita yang sedang mencangkung di dalam bilik tandas, pada 24 Disember tahun lalu.

Om Shanmugam Balaraman, 19, mengaku melakukan kesalahan itu dengan niat mencemar kehormatan pengadu yang berusia 30 tahun di sebuah tandas kakitangan milik sebuah bank di republik itu.

Mahkamah diberitahu, Shanmugam pada mulanya telah masuk ke tandas itu untuk membuang hajatnya dan selepas hajatnya terlaksana, dia segera membasuh tangannya. Bagaimanapun, ketika itu pengadu masuk ke tandas yang sama.

Shanmugam melemparkan senyuman ke arah pengadu. Apabila pengadu masuk ke bilik buang hajat, Shanmugam pun masuk ke bilik buang hajat bersebelahan pengadu.

Tanpa berlengah, dia pun mengeluarkan telefon bimbitnya jenis Nokia dan menetapkan set pada rakaman video lalu merakam gambar pengadu yang ketika itu sedang duduk mencangkung.

Bagaimanapun, gerak hati pengadu menyatakan sesuatu apabila dia terpandang bayang manusia menerusi lantai tandas yang bersih berkilat. Dia menoleh dan ternampak kamera sedang ditala ke arahnya lalu bangkit dan menyergah Shanmugam.

Shanmugam lari bagaikan tidak cukup tanah sambil itu sempat menyembunyikan telefonnya di dalam kasut sebelah kiri yang dipakainya. Bila dia berjaya ditemui dan didepani oleh pengadu bersama beberapa pekerja bank yang lain, Shanmugam berdolak-dalih sambil mengatakan dia tidak mempunyai telefon bimbit.

Polis pun dipanggil dan pemeriksaan teliti dilakukan akhirnya menemui telefon yang disembunyikan di dalam kasut tertuduh. Polis meneliti kandungan video dalam telefon itu dan menemui klip menunjukkan pengadu sedang duduk mencangkung sambil bermain telefon bimbit.

Dan hari ini Shanmugam membayar harga perbuatan bodohnya itu dengan hukuman dua minggu penjara.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10