nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

LATIHAN ATLET OLAHRAGA KE STADIUM RANAU: APA KE JADAHNYA NAK BERLATIH KALAU AIR, ELETRIK DAN JALAN PUN TAK ADA DI SITU!


MACAM ada politik pula dalam sukan cabang olahraga di negara ini. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sampai bertelagah dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tetap mahu menghantar atletnya berlatih di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

MSN kata tak boleh. KOAM kata tetap mahu. Berbalah. Bertegang urat. Akhirnya MSN setujukan juga. Pergilah berlatih ke kompleks sukan itu kata MSN.

Tapi nak tahu apa sebenarnya? Di kompleks sukan itu sebenarnya tiada kemudahan air, tiada kemudahan elektrik dan jalan raya menghubungkan kawasan itu pula masih dalam pembinaan!

Jadi perkataan paling sesuai ialah apa ke jadah semua ni? Macam sudah ada politik pula dalam sukan. KOAM berkeras mahu menghantar atlet berlatih di situ. MSN kata tak boleh.

Kita berhak mengeluarkan perkataan apa je jadah sebab semua duit yang digunakan itu adalah duit rakyat. Duit rakyat gunakanlah secara bijak dan betul!

Dalam Harian Metro, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Mahmood Kalong, mengesahkan kompleks sukan yang jadi kegemaran KOAM itu sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI BEKALAN AIR, ELEKTRIK DAN JALANRAYA yang menghubungkan juga masih dalam pembinaan.

Apa kurangnya Kompleks Sukan Bukit Jalil? Tidak cukup dan tidak sempurnakah. Sedangkan atlet Indonesia yang bersiap untuk Sukan Sea juga telah memohon untuk berlatih di Bukit Jalil. Kita yang telah ada kompleks sukan cukup canggih nak pergi pula ke kompleks sukan yang belum siap.

Ini apa ke jadahnya?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10