nuffnang ads

Sunday, February 6, 2011

KURANG HAJAU PUNYA BUDAK: DIA CAKAP PU###AK POLIS, POLIS PERGI JAHANAM, POLIS MAKAN RASUAH!


ENTAH di sekolah mana lelaki berusia 24 tahun itu belajar namun pagi ini kira-kira jam 3.15 pagi dia terpaksa diajar sekali lagi apabila meluahkan kata-kata kurang ajar kepada sepasukan polis di Wisma Lim Kim Soon, Kuching.

Akibat mengeluarkan kata-kata makian dan kesat kepada pegawai polis, lelaki terbabit yang berasal dari Seratok terpaksa ditahan.

Laporan polis dibuat oleh Inspektor Khusairy Bujang selepas lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat: "Pu###ak polis, pergi jahanam polis dan polis makan rasuah".

Sudahlah mengeluarkan kata-kata kesat, lelaki itu pula mengaku sebagai pegawai jabatan agama Islam Sarawak dan mengenali seorang pegawai kanan polis berpangkat Datuk.

Namun itu bukan halangan bagi polis menahannya kerana bertindak di luar batasan, terutama mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas penjawat awam.-SU


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10