nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

INGAT DI MESIR SAHAJA RAMAI TIADA PEKERJAAN, DI MALAYSIA PUN SAMA


MELIHAT dan mendengar rintihan rakyat Mesir konon kata mereka ramai yang tidak mempunyai pekerjaan dan ramai juga yang mengadu harga barangan naik mendadak, tak sangka pula di Malaysia juga masih ramai yang tidak mempunyai pekerjaan.

Oppss. Belum habis ayat lagi, sudah kata yang tiada kerja itu malas dan memilih. Ini klise sama sejak dulu, konon Melayu malas.

Tidak, wahai cerdik pandai. Mereka yang tiada kerja itu bukan malas atau memilih, tetapi hakikatnya memang tidak ada kerja dan tiada kerja yang mereka dapat.

Ramai juga tertanya di mana mereka mahu mengadu tentang masalah tiada kerja dan masalah lain seperti kenaikan harga barangan ini. Di manakah agaknya.

Kasihan ibu bapa, kasihan anak-anak dan kasihan ada keluarga yang porak peranda kerana masalah yang dihadapi sebegitu banyak rakyat di negara ini.

Apa? Tak betul? Maaf tuan-tuan. Tuan-tuan cakap dari dalam bilik berhawa dingin, tuan-tuan tak pergi ke hulu-hulu di kampung meredah hutan atau air seperti tuan-tuan lakukan apabila berkempen pilihanraya. Kalau tuan-tuan pergi sendiri lihat wajah rakyat di negara ini, tuan-tuan akan menangis minta ampun daripada Allah tentang lukisan wajah kehidupan sebenar rakyat kita sekarang ini!

Kalau seorang menjerit, dia mungkin gila. Kalau dua orang menjerit. Dua-dua mungkin gila. Kalau tiga orang menjerit, mungkin tiga-tiganya gila. Tapi kalau sudah lebih dari itu menjerit setiap hari, jawapannya tentu ada orang lain yang gila dan tidak kena!

Renung-renungkanlah wahai Malaysia.

 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10