nuffnang ads

Wednesday, February 2, 2011

HOSNI DIBERI TEMPOH SEHINGGA JUMAAT: TENTERA PULA ARAH RAKYAT BERSURAI


DUA pertentangan di antara gesaan Mohamed ElBaradei yang kini memimpin rakyat menolak Hosni Mubarak. ElBaradei memberi kata dua kepada Hosni: 'Anda mesti tinggalkan Mesir selewat-lewatnya Jumaat!" Namun Hosni membalas kata dua itu menggunakan senjata utamanya, tentera. Kata Hosni menerusi tenteranya: "Rakyat mesti bersurai!"

Dua pertentangan ini pasti akan menghasilkan geseran. Geseran pasti mencetuskan haba. Haba pula tentunya panas!

Pemerhati politik melihat kemuncak antara dua pertentangan antara kehendak rakyat dan ego Hosni ialah: Pertumpahan darah yang amat hebat! Tarikhnya mungkin esok atau Jumaat!

Pertumpahan darah bagaimanapun belum pasti menjanjikan Hosni kuasa berterusan, apatah lagi jika pertumpahan darah itu sebenarnya dirangsang oleh kehadiran 5 jeneral Amerika dan Israel di dalam pasukan tentera Mesir kini.

Untuk melihat kewujudan peranan 5 jeneral negara sekutu ini di dalam perkhidmatan tentera Mesir dunia mesti melihat secara teliti perubahan tindakan mendadak daripada lembut kepada keras yang akan digunakan tentera terhadap kumpulan rakyat yang menentang. Tentera dijangka mengambil langkah paling keras - tembak!

Obama pula dikatakan sesetengah pihak bermain wayang. Mula-mula dia mengeluakan kenyataan berdiri di belakang rakyat. Kemudian dalam diam tanpa disedari rakyat Mesir dia menggunakan 3 jeneralnya untuk menghancurkan rakyat Mesir. Apabila berlaku pertumpahan darah nanti, rakyat tidak akan memarahi Obama kerana rakyat hanya tahu Obama pernah menyatakan pendirian berdiri di belakang mereka dan tidak mahukan keganasan atau pertumpahan darah.

Ketika itulah, Obama, Amerika dan Israel memainkan peranannya. Jarum mereka akan menyuntik jauh ke dalam tanah Mesir. Obama akan menggunakan pengaruhnya masuk ke dalam Mesir, sudah tentu membawa bersamanya Israel. Dalam keadaan ini, pengaruh Amerika Syarikat dan Israel semakin kuat dan perlahan-lahan, Hosni dapat terus berkuasa.

Menyedari wayang yang sedang dimainkan inilah, Elbaradei sungguh-sungguh meminta Hosni meninggalkan Mesir selewat-kewatnya Jumaat ini. Sekurang-kurangnya sekutu Hosni, terutama Amerika tidak sempat bermain wayang sepenuhnya.

Namun keadaan sebenarnya amat genting. Antara ego Hosni yang didalangi Amerika dan Israel dengan kehendak rakyat, pertumpahan darah seperti tidak dapat dielakkan. Hosni kini hidup bujang di Mesir. Dia tidak mahu memikirkan soal Suzanne, isterinya yang telah dua minggu ke Britain bersama anak-anak dan cucu.

Hosni hanya akan melarikan diri jika dia sedar muncung pistol jeneralnya sendiri diletakkan ke kepalanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10