nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

HELLO SAYANG, ABANG TENGAH BAWAK BAS NI...2 PEMANDU BAS EKPRESS DITAHAN JPJ GUNA TELEFON BIMBIT


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan dua pemandu bas ekpress kerana didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu bas membawa penumpang di Pulau Pinang, semalam.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaacob, berkata kedua-duanya disaman, sempena operasi Ops Tahun Baru Cina yang sedang berjalan.

Selain menyaman dua pemandu terbabit, JPJ juga kata Hassan memeriksa 1,298 bas ekspress bagi memastikan bas berkenaan selamat untuk digunakan membawa penumpang sempena musim cuti.

Daripada jumlah itu, 715 bas diperiksa di Terminal Bas Pulau Pinang manakala 583 bas yang lain diperiksa di Terminal Nibong Tebal.


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10