nuffnang ads

Wednesday, February 9, 2011

GAMBAR: POLIS BERJAYA TANGKAP HANTU LIPSTICK


SEORANG remaja perempuan dari Muara Tebas yang layak digelar 'Hantu Lipstick' berjaya ditahan selepas sekian lama terbabit dalam kegiatan mencuri pelbagai jenama gincu bibir daripada beberapa premis perniagaan tanpa dikesan.
Hantu lipstick diberkas. Polis menemui banyak gincu di rumahnya daripada lebih 50 jenama dipercayai hasil curi...pix:SU

Dia ditahan semalam, selepas pengawal keselamatan sebuah farmasi di Satok, Sarawak mengesan perbuatannya menerusi CCTV yang mengambil beberapa barangan dan keluar tanpa membayarnya.

Berikutan itu dia diberkas dan diserahkan kepada polis. Siasatan lanjut polis di rumah remaja berusia 20 tahun itu menemui sebegitu banyak lipstick daripada sekurang-kurangnya 50 jenama berbeza, juga dipercayai dicuri sebelum itu.

Seorang rakannya di rumah berkenaan yang berusia 23 tahun turut diberkas untuk membantu sisatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10