KETUA Pemasaran Timur Tengah syarikat gergasi Google, Wael Ghonim yang distyiharkan hilang oleh majikannya dua minggu lalu rupanya telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
Bagaimanapun, Ghonim telah dibebaskan semalam sekali gus menggembirakan rakan-rakan, saudara-mara dan majikannya.
Ghonim ditahan di Dataran Tahrir 25 Januari lalu oleh pihak berkuasa Mesir tetapi penahanan itu langsung tidak dimaklumkan kepada warisnya yang terdekat sehingga mencetuskan kebimbangan semua pihak.
Dalam mesej terbarunya sejurus dibebaskan, Ghonim berkata pembebasan itu adalah antara perkara paling membahagiakannya.