KEBERANIAN seorang isteri menyelamatkan seorang Orang Asli daripada dibaham harimau ketika dia sedang menyumpit tupai di hutan berdekatan rumahnya, di Perkampungan Aorang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Grik, semalam.
Mangsa, Tambun Gering, 50-an, tidak menyedari seekor harimau rupanya menyorok di belakangnya ketika dia seronok menyumpit tupai untuk dibuat gulai masak lemak kira-kira jam 9 pagi semalam.
Dia terus diserang. Walaupun cuba melawan dia cedera di beberapa bahagian termasuk tangan dan kaki. Bagaimanapun, jeritannya didengari isterinya yang berkejar membantu dengan mengetuk kepala harimau itu berkali-kali.
Mungkin kerana pening, harimau itu pun meninggalkan mangsa dan isterinya. Mangsa dihantar ke Hospital Grik untuk rawatan.