nuffnang ads

Sunday, February 6, 2011

BUDAK 12 TAHUN LEMAS, DUA LAGI DIHANYUTKAN ARUS


SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun lemas selepas berenang di sungai berdekatan Kampung Ara Panjang, Manong, Perak jam 4 petang semalam.

Suhairi Nizam Bahaudin, meninggal ketika dalam perjalanan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar. Dua lagi mangsa berusia 8 dan 10 tahun masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian sama, petang semalam.

Ketua Polis Kuala Kangsar Superintendan Abdul Ghaffar Muhamad berkata, kesemua kanak-kanak itu bersama ahli keluarga mereka ketika kejadian dan rumah mereka pula hanya kira-kira 400 meter dari situ.

Gerakan mencari sedang dijalankan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10