nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

BERPULUH WARTAWAN ASING DIBELASAH PENYOKONG HOSNI MUBARAK


BERPULUH wartawan asing dari beberapa agensi luar negara yang membuat liputan perarakan dan rusuhan di Mesir menjadi mangsa belasahan dipercayai dilakukan tentera berpakaian awam dan penyokong Hosni hari ini.

Antara wartawan dan jurugambar yang dibelasah teruk ialah Cooper dari CNN, Herome Boehm (BBC), Lara Setrakian (ABC News), Mark (CBS) dan Serge Dumont dari akhbar Le Soir Belgium.

Menurut Mark dari CBS dia dan jurugambarnya dikepung dan dipukul semahunya ketika menghampiri Dataran Tahrir untuk merakam gambar pertembungan penyokong dan penentang Hosni.

Ketika dibelasah teruk beberapa yang lain menarik mereka sebelum memberitahu mereka adalah penentang Hosni dan mengarahkan kedua-duanya segera beredar dan mencari perlindungan.

Wartawan Le Soir, Serge Dumont pula telah diheret ke berek tentera oleh mereka yang berpakaian awam dan menuduhnya sebagai wartawan yang menyokong Mohamed ElBaradei. Hampir kesemua peralatan dibawa wartawan turut dirosakkan.

Kerajaan Belgium segera membantah dan mengarahkan kerajaan Mesir segera membebaskan Dumont. Tindakan anti wartawan ini berlaku hari ini dipercayai marah kerana liputan penentangan terhadap Hosni dilaporkan besar-besaran di seluruh dunia.

Sementara itu, dilaporkan juga bunyi berbalas tembakan mula kedengaran di Dataran Tahrir. Ini mencetuskan kebimbangan semakin banyak nyawa akan terkorban, dipercayai dilakukan oleh samseng dan tentera upahan Hosni ke atas penentangnya.

Angka terbaru kematian belum diperolehi dan masih kekal dengan 3 kematian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10