nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

BAN KIM MOON: UPAH GANGSTER SERANG RAKYAT MESIR TIDAK BOLEH DITERIMA


SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon, mengeluarkan kenyataannya di London hari ini, mengutuk dan mengecam tindakan Hosni mengupah samseng untuk mencederakan rakyat yang menunjuk perasaan.

Sambil terkejut dengan berita ribuan dicederakan menggunakan senjata tajam dan pelbagai peralatan lain, Ban Ki Moon menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima - jika benar Hosni mengupah pihak lain untuk menentang rakyat yang mendesaknya meletakkan jawatan.

Perdana Menteri Britain, David Cameron yang bersama Ban Ki Moon, pula mengeluarkan kenyataan keras bahawa keadaan sekarang amat jelas rakyat tidak lagi mahukan Hosni.

Cara paling baik untuk mengatasi kemelut yang berlaku ialah Hosni kena berundur kata Cameron yang turut kesal beberapa wartawan asing dibelasah dan ditangkap.

Wakil akhbar Media Prima di Kaherah pula, melaporkan mereka dinasihatkan tidak keluar daripada hotel penginapan berikutan keadaan semakin kacau. Malah jurugambar Malaysia turut dinasihatkan tidak mengambil gambar penyokong Hosni kerana bimbang kumpulan itu bertindak balas.

Setakat ini lebih 1,500 cedera, sesetengahnya parah, apabila kumpulan 250,000 penentang Hosni diserang seawal pagi ini oleh kumpulan penyokong Hosni yang sebahagian besarnya menaiki kuda dan unta - malah potongan rambut mereka juga hampir serupa, menjelaskan lagi mereka adalah kakitangan Kementerian Dalam Negeri Mesir yang diupah bersama samseng untuk menentang rakyat yang bangkit.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10