nuffnang ads

Wednesday, February 2, 2011

4 WARGA RUSIA YANG ROGOL PELAJAR MALAYSIA DI LONDON AKAN DIDAKWA 24 MAC



MAHKAMAH WOOLWICH, London menetapkan 24 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap 4 pelajar warga Rusia yang didakwa merogol seorang pelajar Malaysia berusia 18 tahun di Kolej Wellerby, Selatan London, pada 21 Januari lalu.

Semalam, keempat-empat tertuduh dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pengesahan nama dan identiti di depan hakim M Caroll.

Keempat-empat tertuduh dikenali sebagai Oleg Ivanov, 20, Gregory Melkonov, 23, Novoya Dartyan, 23 dan Armen Simonyam, 19.

Hakim turut mengarahkan kesemua tertuduh direman sehingga tarikh perbicaraan mereka. Mereka dituduh merogol mangsa di sebuah dewan kolej berprestij itu ketika mengadakan parti yang dihadiri oleh pelajar kolej berkenaan.

Mangsa dipercayai diberi dadah dan diheret ke dalam bilik dan semua kejadian rogol itu dikatakan telah dirakam oleh tertuduh.

Kolej Wellerby di Greenwich adalah salah sebuah kolej berprestij yang mengenakan bayaran yuran pengajian sebanyak RM88,800 setahun kepada pelajarnya.

Mangsa kini dilaporkan tertekan dan trauma selepas kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10