nuffnang ads

Monday, February 7, 2011

31 WARGA KOREA UTARA BELOT, LARI KE KOREA SELATAN


SERAMAI 31 orang warga Korea Utara berjaya melepasi sempadan Laut Kuning yang memisahkan dua negara bersengketa itu, kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan pegawai tentera dan perisikan Korea Selatan.

Kumpulan mengandungi 11 lelaki dan 20 wanita itu tiba di Pulau Yeonpyeong menaiki kapal nelayan dan terus dibawa ke pejabat perisikan tentera Korea Selatan.

Laporan akhbar Yonhap Korea Selatan dipetik melaporkan kumpulan warga Korea Utara itu ada kemungkinan mereka yang cuba mendapat perlindungan suaka politik dan bekerja di Korea Selatan.

Bagaimanapun, pihak perisikan juga tidak menolak kemungkinan mereka terlepas ke sempadan Korea Selatan akibat tiupan angin ketika menangkap ikan.

Bagaimanapun, dilaporkan kesemuanya kini telah disoalsiasat tentera dan perisikan bagi mengetahui motif kehadiran mereka di pulau milik Korea Selatan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10