nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

3 JENERAL AMERIKA DAN 2 JENERAL ISRAEL KINI MENGETUAI TENTERA MESIR!


LAPORAN terbaru 1 Februari dari Teheran menyebut 5 pegawai kanan berpangkat jeneral dari Amerika Syarikat dan Israel tiba hari ini dan bertindak 'mengetuai' tentera Mesir untuk berdepan ratusan ribu rakyat negara itu dalam usaha menjatuhkan presiden Hosni Mubarak.

Ini dipercayai sebagai langkah awal yang didesak oleh Israel yang mempercayai wujud cubaan merampas kuasa oleh tentera ke atas pemerintahan Hosni Mubarak.

Laporan terbaru Tehran News, melaporkan sumber memberitahu daripada lima jeneral berkenaan, tiga adalah dari Amerika Syarikat dan dua dari Israel. Kelima-limanya dilaporka telah pun bersama dengan pegawai kanan tentera Mesir atas jemputan kerajaan negara yang semakin kalut itu.

Kelima-lima mereka tiba menaiki pesawat dan dipercayai bertujuan memastikan kedudukan Hosni Mubarak tidak terjejas walaupun terpaksa menggerakkan tentera melakukan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan.

Laporan juga menyebut beberapa pesawat Israel dilihat mendarat di Lapangan Terbang Cairo, membawa sejumlah senjata yang diperlukan Mesir, dipercayai untuk menangani kebarangkalian adanya cubaan rampasan tentera oleh segelintir jeneral di dalam tentera Mesir.

Sumber-sumber juga memberitahu salah seorang yang paling kanan di antara lima jeneral Amerika dan Israel itu bernama Sisson dan dialah yang akan mengetuai pergerakan tentera Mesir berdepan rakyat yang merusuh.

Naib presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dipercayai menjadi dalang yang membawa kemasukan lima jeneral negara asing itu ke Mesir hari ini.

Omar, bekas ketua perisikan adalah antara jeneral kepercayaan Amerika yang sebelum ini pernah diberi lesen untuk menyoal siasat tahanan pengganas yang dibawa dari Amerika ke Mesir secara rahsia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10