nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

20,000 RAKYAT YAMAN BERARAK PULA DESAK PRESIDEN LETAK JAWATAN


KEBANGKITAN rakyat di Tunisia yang berjaya menumbangkan presiden Zine El Bine Ali, merebak ke Mesir untuk menumbangkan Hosni Mubarak.

Hari ini kebangkitan itu merebak pula ke Yaman dalam skala lebih besar berbanding sebelum ini. Lebih 20,000 penunjuk perasaan berarak di sepanjang jalan di Sanaa.

Mereka menjeritkan laungan mendesak presiden negara itu, Ali Abdullah Salleh, meletak jawatan segera walaupun telah berjanji tidak akan terbabit dalam pilihanraya akan datang - sama seperti janji Hosni Mubarak.

Penunjuk perasaan termasuk siswa berhimpun di luar Universiti Sanaa membawa sepanduk yang mendesak Ali menyerahkan kempimpinan kepada rakyat untuk menentukannya.

Teori Domino mula digunapakai di Arab dan Afrika! Dunia akan melihat satu demi satu kejatuhan kerajaan sedia ada kerana telah mengabaikan rakyat. Presiden Ali Abdullah Salleh telah memerintah lebih 20 tahun di Yaman.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10