nuffnang ads

Sunday, February 6, 2011

113 PELAJAR KEDAH DI MESIR 'HILANG'


SERAMAI 113 pelajar Kedah yang belajar di Mesir sehingga kini tidak dapat dikesan, selepas usaha pemindahan dilakukan semua pihak membawa mereka pulang ke negara ini.

'Kehilangan' 113 pelajar terbabit dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.

Menurutnya, kesemua yang tidak dapat dikesan itu tiada maklumat, sama ada masih belajar, tinggal atau bekerja di negara lain sempena cuti semester.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan mereka supaya menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dan juga ibu bapa serta penaja masing-masing bagi memastikan maklumat terakhir mereka dikemaskini.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan ibu bapa pelajar yang masih berada di Mesir agar tidak risau kerana kerajaan negeri telah menghantar wakil dan bantuan termasuk bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Malah usaha menerbangkan mereka pulang dari Mesir juga sedang dijalankan secara berterusan. Sehingga kini ada 1,016 pelajar Kedah meneruskan pengajian di Mesir, termasuk 442 dari golongan pe;ajar wanita.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10