nuffnang ads

Saturday, February 5, 2011

10 MATI BAS MASUK GAUNG DI CHINA. 20 KORBAN BANJIR FILIPINA. 11 KORBAN RUSUHAN DI MESIR


SERAMAI 10 penumpang bas mini maut apabila pemandunya gagal mengawal kenderaan selepas mengelak sebuah motosikal, di bandar Shaowu wilayah Fujian, China pagi semalam.

Bas berkenaan membawa 21 penumpang. Sehingga kini dua dilaporkan oleh Xinhua masih hilang manakala sembilan berjaya diselamatkan.

Di selatan Filipina, angka korban banjir sejak hujan lebat seminggu lalu meningkat 20 orangm apabila seramai 10 orang lagi menjadi korban hari ini.

Datuk Bandar Jolo, Amin Hussin berkata kawasan teruk dilanda banjir membabitkan kediaman golongan pemisah Islam di selatan negara itu.

Di sempadan Kemboja dan Thailand, tentera kedua-dua negara dilaporkan berbalas tembakan berhampiran kawasan kuil Beehive, Preach Vihear jam 6.15 pagi tadi.

Tembakan itu bagaimanapun berakhir sejam selepas kejadian.

Di Mesir, Reuters melaporkan angka kematian sejak kelmarin, dipercayai akibat serangan penyokong Hosni ke atas kumpulan penentangnya mencecah 11 orang.

Sementara angka kematian sejak 25 Januari lalu, dianggarkan lebih 300 orang.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10