nuffnang ads

Wednesday, January 19, 2011

WOW..WOWW..DAH ADA ORANG UMNO JOHOR BERTANYA, APA BAGUSNYA MOHD AZHAR

MENCARI pahlawan untuk masuk bertanding dalam gelanggang, tentulah kriterianya mahu menang. Maknanya pahlawan itu mesti hebat. Tapi sudah mula berbunyi suara orang Umno Johor, khususnya di DUN Tenang. Tanya mereka, sudah habiskah yang terbaik?

Tanya mereka, terbaikkah Mohd Azahar untuk melawan calon yang bukan kecik anak disenangi orang Melayu di kawasan itu. Tanya mereka, tidak dapatkah dilihat luka hati pemimpin Umno bahagian itu dalam keadaan sekarang?

Wow..woww...Kata mereka pilihlah betul-betul. Tanya mereka tidak silapkah pilihan ini? Tanya mereka lagi, betul atau tidak Mohd Azahar memang bukan dalam senarai sebelum ini? Lalu kata mereka, peliklah sikit.

Kata mereka, sejarah boleh dikenang dan diingat, tetapi sejarah arwah bapa Mohd Azahar yang pernah menang di DUN itu dulu, belum tentu akan berulang menjadi sejarah serupa. Belum tentu, kata mereka.

Wow...woww..Berbunyi dah. Dah berbunyi dah dari dalam rumah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10