AJAKAN berdebat semakin kalut dan serabut. Selepas Najib enggan melayan cabaran Anwar, Mohamad Nazri Aziz tawarkan diri. Kemudian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.
Alih-alih dalam sibuk orang politik bercerita tentang debat ini, dilaporkan pula Umi Hafilda buat sidang akhbar (rujuk MStar) yang mencabar Anwar berdebat pula.
Tak cukup dengan itu, Umi cabar juga abang kandungnya sendiri Azmin Ali, berdebat dengannya tentang isu yang telah lama.
Aduh...ramai masih teringat-ingat betapa berbuihnya mulut orang ketika debat Anwar yang lalu. Berbuih-buih dek! Tak payahlah, debat ini semua. Tak payahlah. Ini semua buang air liur sahaja!
Lagipun Umi siapa? Maaf cakaplah. Kalau antara bumi dan langit itu masih dekat jaraknya, jarak beza antara Umi dan Anwar tak terjangkau jauh dan panjangnya.