SEPERTI Terengganu dan Kelantan yang memberi ganjaran kepada pemain negeri masing-masing yang berjaya dalam misi membawa pulang piala Suzuki AFF, tiga pemain dari Perak turut menerima ganjaran setimpal.
Mohd Safee Mohd Sali, menerima RM10,000 gabungan jumlah RM5,000 kerana menjadi pemain dalam pasukan negara dalam pertandingan itu dan RM5,000 lagi sebagai penghargaan kerana dipilih penjaring gol terbanyak pertandingan.
Turut menerima ganjaran wang tunai ialah Mohd Sabre Abu dan Fadli Mohd Shas, masing-masing menerima RM5,000 setiap seorang.