nuffnang ads

Tuesday, January 18, 2011

TIGA MAUT KEMALANGAN DI PAHANG

SEPASANG suami isteri adalah antara tiga yang maut dalam dua kemalangan di Pahang, hari ini. Dalam kejadian pertama jam 3.10 pagi tadi, Siti Nuraisyah Mohd Rashid, 32, dan suaminya Mohd Jurid @ Hassan Awang, 40, terbunuh apabila kereta dipandu Nuraiysah terbabas.

Kedua-duanya mati kerana cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di satu bulatan berdekatan Aspa Cottage.

Ketua Trafik Negeri, Superintendan Mohamad Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian kedua, seorang warga Indonesia terbunuh apabila tercampak dari jip dinaikinya di KM2 Jalan Ringlet-Sungai Koyan, berdekatan cameron Highland.

Mangsa, dikenali Ikhawan, 47, mati di tempat kejadian apabila jip berkenaan terbalik selepas salah satu tayarnya tercabut.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10