nuffnang ads

Wednesday, January 26, 2011

TAK PAYAH MAKAN AYAM! PUASA! TELUR PUN DAH NAIK!


HANYA kira-kira 10 minit yang lalu,  seorang ibu beranak lima mengeluh kepada anaknya sambil memberitahu, mulai hari ini tak merasalah mereka makan ayam. Telinga saya terus menangkap percakapan ibu yang kecewa itu.

"Tak payah makan ayam lagi! Puasa! Ayam dah mahal. Telur ayam pun dah naik harga! Gila!" dia membebel kepada anak-anaknya.

Saya petik kata-kata seorang ibu yang hanya suaminya sahaja bekerja itu sebagai renungan tentang harga barangan di negara kita kebelakangan ini yang amat-amat mendadak naik harganya.

Blogger di Sabah yang mahu menyiapkan tempahan bagi kerja-kerja kraftangannya juga mengeluh. Sejak sehari dua ini harga barangan yang diperlukannya juga naik mendadak.

Cara terbaik mungkin hari ini kita jangan beli ayam, tetapi beli ikan kering dua tiga jenis untuk buat lauk makanan tengah hari buat anak-anak yang mahu ke sekolah. Mahukah kita kembali makan ubi rebus bercicahkan sambal atau ikan kering?

Sedih dan hairan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10