TAK apalah, Tan Sri Khalid. Buat sementara ini rakyat lebih faham dan reti apa yang telah berlaku, sejak awal cerita bagaimana Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai SUK. Sabarlah.
Kita buang gundah gulana, kita pandang arah depan. Tentang orang seorang itu yang buat selamba sahaja, biarkanlah kerana tidur malamnya dengar khabar sentiasa sahaja diganggu bayangan ngeri.
Berbohong jangan sekali walau atas apa alasan sekalipun. Rakyat tetap di belakang menyokong kerajaan yang dipilih.