nuffnang ads

Tuesday, January 18, 2011

SIAPA POTONG RAMBUT BASANT SINGH BAIK MENGAKU! KESIAN DIA, TENGAH TIDUR RAMBUT KENA POTONG.

SIAPA potong rambut Basant Singh ketika dia sedang tidur di asrama PLKN Sungai Bakap, Pulau Pinang, malam Ahad lalu, baik mengaku!

Basant, 18, kini tidak mahu meneruskan latihannya di kem itu kerana trauma dan keluarganya juga bimbangkan keselamatannya.

Bapa Basant, Surinderpal Singh, 46, telah memaklumkan insiden itu kepada pengurusan kem dan anaknya dibenarkan pulang untuk bercuti seminggu.

Namun, Surinderpal bimbang keselamatan anaknya jika meneruskan latihan. Kata Surinderpal, kalau ketika tidur pun ada orang boleh menceroboh masuk bilik asrama dan memotong rambut anaknya, sudah tentu itu sesuatu yang membimbangkannya.

Dalam kejadian malam Ahad lepas, Basant mendakwa rambutnya dipotong sehingga 50 dan 60 sentimeter ketika dia sedang tidur. Hairan juga, tak terasa langsungkah rbila rambutnya dipotong?

Laporan kejadian itu telah dibuat. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik, dipetik dalam laporan Bernama memberitahu pihaknya sedang menyiasat.

Siapalah punya kerja. Adakah rambut orang dipotong ketika tidur!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10