nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

SEPARUH DARIPADA 35 KANAK-KANAK PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DIPERCAYAI DIJADIKAN HAMBA SEKS

DIANGGARKAN tidak kurang 16 orang daripada 35 kanak-kanak yang mendiami sebuah rumah kebajikan di Georgetown, Pulau Pinang, dipercayai menjadi hamba seks, sejak bertahun-tahun lalu, dikatakan dilakukan oleh beberapa petugas, penghuni dan sukarelawan di rumah kebajikan itu.

Neraka seksual ini terbongkar apabila seorang ahli perniagaan wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman seksual yang dihadapi ramai kanak-kanak di rumah kebajikan itu sejak bertahun-tahun lalu.

Bertindak daripada laporan itu, polis menubuhkan sebuah pasukan khas menyiasat dan setakat ini telah mengambil keterangan daripada beberapa petugas dan sukarelawan, termasuk kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Georgetown, ACP Gan Kong Meng, dipetik berkata mereka akan disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan hubungan jenis di luar tabie.

TV3 yang menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zini, pula diberitahu beliau belum dimaklumkan mengenai kes itu tetapi memberi jaminan kes berkenaan akan disiasat secara menyeluruh.

Ancaman seksual yang dikatakan berlaku bertahun-tahun di rumah kebajikan itu termasuk membabitkan perlakuan cabul, rogol dan liwat dan mangsanya pula semuda lapan tahun tanpa mengira jantina -lelaki atau perempuan.

Difahamkan ada sesetengah kes, mangsa yang enggan melayan kehendak nafsu binatang, kebanyakannya mereka yang diberi tugas melindungi kana-kanak di situ, turut didera.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10