nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

SEORANG LAGI ANAK SHAH IRAN MENINGGAL DUNIA

Ali Reza Pahlavi...polis temui kesan tembakan dipercayai ada kaitan bunuh diri
ANAK bongsu Shah Iran, Putera Ali Reza Pahlavi, 44, meninggal dunia di Boston semalam, selepas dikatakan membunuh diri ekoran terlalu sedih dan kecewa di atas kehilangan ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1980 selepas diturunkan takhta memerintah Iran.

Anak sulung bekas raja Iran itu,  Reza Pahlavi dalam laman webnya memaklumkan kematian adik bongsunya itu dan memberitahu selain kecewa kehilangan ayahanda mereka, mangsa turut kecewa dengan keadaan politik di Iran sekarang.

Ini adalah kehilangan tragis kedua dalam keluarga Shah Iran atau namanya Shah Mohammad Reza Pahlavi, kerana pada tahun 2001, anak bongsu perempuannya, Puteri Leila Pahlavi, turut mati mengejut di London ketika berusia 31 tahun, dipercayai ada kaitan dengan dadah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10