nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

RUSUHAN HARI KETIGA DI MESIR: MOHAMED ELBARADEI MAHU PULANG MENYERTAI PENUNJUK PERASAAN


DENGAN angka kematian serami empat orang, termasuk seorang anggota polis dan lebih 250 cedera, rusuhan mendesak Hosni Mubarak berundur terus marak di Mesir. Penunjuk perasaan mulai bermain serbu dan lari apabila bertempur dengan polis negara negara itu pada hari ketiga.

Perkembangan terbaru ialah bekas ketua pemerhati Nuklear Bangsa-Bangsar Bersatu yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan hari ini memberitahu Reuters beliau akan pulang menyertai penunjuk perasaan.

ElBaradei yang kini tinggal di Vienna berkata, dirinya tiada pilihan kecuali pulang ke negara asalnya itu selepas melihat perkembangan terbaru yang meletakkan Hosni Mubarak dalam keadaan terdesak, sama seperti Presiden Tunisia, Zainal Abidine Ben Ali yang telah melarikan diri selepas kebangkitan kuasa rakyat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10