SERAMAI 42 banduan di sebuah penjara di Monastir, di timur Tunisia, terbunuh apabila terperangkap dalam satu kebakaran sejurus Presiden negara itu meninggalkan negara berkenaan hari ini, ketika tunjuk perasaan berleluasa.
Ketua Jabatan Forensik, Hospital Fatouma, Dr Ali Chatli, berkata kebakaran dipercayai bermula apabila ada di antara banduan membakar tilam di dalam bilik di penjara itu, menyebabkan lebih 90 banduan panik. Sebahagiannya terperangkap kerana lemas manakala sebahagian lain terbakar dan melecur.