POLIS Belanda yang memulakan siasatan berhubung kematian pramugari MAS, Chin Swee Len, 34, mengesahkan siasatan awal mereka percaya ia ada kaitan dengan perbuatan jenayah.
Mayat Chin, ditemui di parkir hotel penginapannya oleh seorang petugas hotel berkenaan selepas dilaporkan gagal menghadiri taklimat di lobi hotel berkenaan untuk pulang ke negara ini bersama krew penerbangan yang lain, Jumaat lalu.
Dipercayai Chin dicampak dari tingkat empat bilik hotelnya oleh penjenayah manakala biliknya mempunyai kesan pecah masuk dan berselerak.
Sementara itu, krew penerbangan MAS difahamkan akan berpindah ke hotel lain selepas kematian misteri itu sebagai antara langkah keselamatan.