CERITA TENTANG penggantungan gelaran Datuk Seri bekas Menteri Besar, Selangor. KHIR Toyo dalam blognya menulis antaranya inilah yang dikata orang, pohon jika rebah, kura-kura pun boleh memanjat.
Apa pun katanya, beliau menerima semua ini sebagai lumrah kehidupan. Kini katanya sama ada penggantungan gelaran itu bersandar surat yang beliau hantar atau tidak, ia tidak lagi penting.
Apa yang penting katanya ialah menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor dan beliau memohon agar pihak media tidak lagi menggunakan gelaran itu di pangkal namanya.