KESEMUA pemain pasukan bola sepak negara yang berjaya menjulang piala Suzuki AFF akan menerima ganjaran BERBALOI sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan mereka daripada Perdana Menteri.
Ganjaran itu telah dipersetujui tetapi akan diumumkan sendiri Perdana Menteri apabila meraikan kesemua pemain terbabit dalam satu jamuan makan tengah hari di Seri Perdana, Rabu depan.
Walaupun belum diketahui dalam bentuk apakah ganjaran yang akan diberikan, tetapi sumber-sumber memberitahu ia dikatakan sesuatu yang berharga dan berbaloi dengan kejayaan mereka menaikkan nama negara.
Kepada pemain negara, syabas dan tahniah.