Cari telefon bimbit ke bang?...tapi ini bukan buaya yang dimaksudkan di Ukraine yang tertelan sebuah telefon bimbit. |
MACAM-macam ada di dunia ini. Seekora buaya di Ukraine yang dikenali sebagai Gena, mula dikesan mogok lapar dan enggan membaham makanan yang diberikan oleh penjaganya sejak kebelakangan ini.
Ini semua berlaku gara-gara buaya itu tertelan sebuah telefon bimbit yang terjatuh, apabila seorang pengunjung wanita cuba mengambil gambar buaya itu di Dnipropetrovsk Oceanarium.
Lucunya, selepas sebulan tertelan telefon berkenaan, ia masih berbunyi ketika dihubungi dan mungkin itu yang mengganggu fikiran buaya berkenaan.
Pemilik telefon itu, Rimma Golovko pula tetap berkeras mahukan telefonnya itu kerana kad SIM telefon berkenaan mengandungi banyak gambar dan menyimpan banyak nrmbor telefon yang penting baginya.
Berikutan itu, pengurusan tempat buaya itu dibela pening kepala. Sudahlah buaya berkenaan mula mogok lapar, pemilik telefon pula keras kepala mahukan telefon bimbitnya.
Jadi cara paling baik ialah membawa buaya itu menjalani pemeriksaan X-Raya minggu depan. Jika telefon itu masih ada dan tidak hancur, pengurusan taman buaya itu terpaksa melakukan pembedahan sebagai jalan akhir bagi memuaskan hati pemilik telefon berkenaan.