MACAM ini cerita sebenarnya. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, pergi ke sebuah klinik pakar pembedahan plastik November tahun lalu, untuk mendapatkan rawatan membuang parut pada pangkal pahanya.
Doktor berkenaan, Dr Martin Huang seorang pakar terkenal di Singapura. Dia pun memberitahu remaja terbabit bahawa remaja itu mesti membuka seluar dalamnya untuk diambil gambar dan selepas itu barulah pembedahan akan dilakukan!
Remaja yang keliru itu tidak berkata apa kerana tidak tahu yang mana salah yang mana betul. Dia pun main ikut sahaja.
Selepas hampir dua bulan, hari ini remaja itu menyaman doktor berkenaan dan pusat rawatannya, Specialist Surgery and Laser Center di Orchard Road.
Remaja itu menyaman pakar bedah itu menerusi ibunya, Chao Yung Tien, 40-an mendakwa gambarnya diambil termasuk beberapa keping gambar dia tidak memakai seluar dalam. Akibatnya dia berasa tertekan dan trauma.
Dr Martin Huang yang juga pengarah pusat pembedahan itu mencabar saman berkenaan. Kita tengok esok lusa, siapa untung?