SYARIKAT pembuat bot amfibia Auckland, menghantar sebuah lagi bot jenis itu ke Australia bagi membantu kerja menyelamat mangsa banjir, terutama di Brisbane. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Davic McKee Wright berkata, bot dikenali Sealegs itu adalah yang kedua dihantar ke Australia berikutan banjir yang kian teruk di negara itu.