nuffnang ads

Sunday, January 23, 2011

MIC TETAP MAHU PUTRAJAYA GUGURKAN INTERLOK DARIPADA DIGUNAKAN-G PALANIVEL


PRESIDEN MIC, G Palanivel, berkata MIC tetap mahu Putrajaya menggugurkan novel INTERLOK daripada digunakan dalam pembelajaran oleh pelajar tingkatan lima di sekolah di negara ini.

Malah, kata Palanivel, kesemua tujuh wakil MIC yang hadir dalam pertemuan dengan Kementerian Pelajaran, beberapa hari lalu bersetuju novel itu digugurkan atas alasan ia tidak selari dengan semangat 1Malaysia.

Kenyataan Palanivel ini jelas bertentangan dengan kenyatan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin, bahawa novel itu mungkin akan melalui penambahan dengan memasukkan  nota kaki. Malah Muhyiddin juga dipetik berkata, pertemuan akan diadakan lagi dengan wakil MIC bagi membincangkan isu itu.

Malah salah seorang wakil MIC yang hadir pertemuan itu juga mengesahkan kenyataan Muhyiddin tidak tepat dan memberitahu semua wakil MIC mahu novel itu digugurkan daripada penggunaannya. Tentang pertemuan semula, katanya, ia tidak mungkin berlaku kerana MIC tetap mahu novel itu digugurkan penggunaannya.

Palanivel turut dengan nada tegas berkata, MIC tidak bersetuju penggunaannya walaupun Muhyiddin berkata nota kaki akan diletakkan pada novel itu sebagai cara untuk menjelaskan kekeliruan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10