nuffnang ads

Friday, January 21, 2011

MAYAT TANPA KEPALA TERAPUNG DI SEBELAH BUAYA BESAR


KELMARIN, penduduk di perkampungan Betong, ternampak mayat tanpa kepala terapung di sisi seekor buaya yang besar.

Berikutan itu mereka menghubungi polis, tetapi sebaik anggota polis tiba, mayat dan buaya itu telah hilang dan tidak ditemui.

Bagaimanapun, semalam kira-kira jam 6.30 petang, penduduk Kampung Bajong di Sebuyau, Simunjan pula terlihat mayat serupa, tanpa kepala.

Mayat itu berjaya akhirnya dinaikkan dan Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Khoo Yin Kok, mengesahkan penemuan mayat itu.

Menurutnya, pengurusan kapal kargo Soon Bee 11 terus dihubungi untuk membuat pengecaman kemungkinan mayat itu adalah salah seorang daripada tujuh anak kapal berkenaan yang dilaporkan masih hilang selepas tenggelam minggu lalu.-SUD

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10