nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

MATI PELIK: MATI DI ATAS POKOK KELAPA SETINGGI 50 METER

MACAM-MACAM ada. Seorang lelaki Nepal yang bekerja di sebuah kilang papan ditemui mati di atas pokok kelapa setinggi 50 meter di Kampung Tok Musa, Machang Bubuk, Bukit Mertajam pagi tadi.

Mayat Danbar Tamang, 30, ditemui penduduk di atas pokok kelapa ketika mereka melawat ladang kelapa berkenaan dan terus menghubungi bomba.

Pegawai Bomba 11 Bukit Mertajam, Rejab Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10.04 pagi dan segera menghantar 9 anggota untuk menurunkan mayat mangsa.

Bagaimanapun, berikutan kesukaran seorang penduduk kampung yang pakar memanjat pokok kelapa sukarela membantu menurunkan mayat.

Ketika ditemui, mayat mempunyai kesan jerutan tali pinggang di leher, luka dan gigitan serangga.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10