nuffnang ads

Friday, January 7, 2011

MADU MUDA TETAK MADU TUA: GARA-GARA CEMBURU BERBAHAGI KASIH!!

PEREMPUAN kalau masa lembut, ya Allah, runtuh hati lelaki. Tapi kalau marahnya merasuk, habis bergoncang satu dunia.

Pagi ini kira-kira jam 10 pagi seorang madu muda berusia 27 tahun mengamuk di luar kawalan sehingga tergamak menetak dan mencedera parahkan madu tuanya yang berusia dua kali ganda daripada usianya, gara-gara cemburu akibat berbahagi kasih.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Baru Sungai Korok, Jitra Kedah, mengakibatkan madu tua terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kerana cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya.

Anak perempuan mangsa yang berusia 17 tahun turut menerima tempias apabila cedera dalam kejadian itu selepas terpijak parang yang digunakan ibu tirinya menyerang ibu kandung yang kehilangan banyak darah.

Difahamkan kedua-dua madu itu tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu. Madu tua mempunyai enam anak, manakala madu muda yang garang bagai harimau itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10